Peraturan Surau
PERATURAN SURAU JANNATU ADNIN
PERATURAN AM
- Pengurusan
surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh
pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
- Surau
ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan
amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam dan
aktiviti-aktiviti pendidikan serta
kemasyarakatan.
- Kebersihan
dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang
memuaskan.
- Semua
barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh
dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
- Tidak
dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa
mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
- Tidak
dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar
pakaian dan seumpamanya.
- Semua
jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta
memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
- Tidak
dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-
- Senjata
tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
- Bahan-bahan
dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang
berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
- Makanan
dan minuman.
PERATURAN SURAU
JANNATU ADNIN
PERATURAN KHAS
TATASUSILA DI SURAU JANNATU ADNIN
- Memakai
pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau.
- Dilarang
memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang
tidak sesuai.
- Masuk
ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
- Masuk
dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan
doa.
- Mengambil
tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
- Merapatkan
saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
- Duduk
dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.
- Memperbanyakkan
zikrullah ketika berada disurau.
- Tidak
membuat bising ketika berada di dalam surau.
- Menghormati
azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
- Dilarang
melintas di hadapan orang yang sedang solat.
- Digalakkan
berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.